Monday, June 29, 2009

Meja di makmal komputer

Rata-rata semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telahpun dibekalkan dengan makmal komputer. Kalau dulu monitornya dari jenis CRT dan begitu besar saiznya namun akhir-akhir ini ia sudah beralih ke teknologi LCD Monitor yang lebih kecil saiznya.


Kedudukan monitor di atas meja mengganggu pandangan pelajar dan guru terutamanya di sekolah rendah. Kalau di universiti yang pelajarnya sudah dewasa, monitor diletakkan di 'dalam' meja untuk mengelakkan masalah ini timbul, menjadi persoalan mengapa di sekolah rendah tidak dilakukan demikian. Kedudukan monitor jika diletak di 'dalam' meja lebih sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana ia dapat mengelakkan pandangan pelajar dan pandangan guru daripada terlindung. Jika masalah sukar untuk guru memantau apa yang dilakukan oleh pelajar kerana skrin monitor pelajar akan tersembunyi di 'dalam' meja, maka ia sepatutnya tidak menjadi persoalan lagi. Ini memandangkan software khas untuk guru melihat isi kandungan setiap muridnya telah dibekalkan sama oleh KPM.

No comments:

Post a Comment